Friday, November 20, 2015

KANAK-KANAK BUKAN ISLAM DERMA DUIT TABUNGNYA PADA MASJID



Seorang budak lelaki bukan Islam telah mendermakan duit tabungnya kepada sebuah masjid di Texas setelah ia dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Awalnya, niat budak itu menabung adalah untuk membeli Ipad.

Kemurahan hatinya menjadikan kanak-kanak ini sebagai contoh bahawa perbezaan agama bukan batasan untuk kemuliaan jiwa. Melihat kebaikannya itu... Komuniti Muslim Amerika telah berbesar hati untuk menghadiahkannya sebuah Ipad baru. Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik!



Wednesday, November 18, 2015

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016



Borang permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.

Seperti yang diumumkan menerusi Bajet 2016, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200 Juta khusus untuk pembeli yang masih belum pernah memiliki rumah. Skim ini dijangka dapat meringankan beban khususnya golongan yang baru sahaja bekerja dan golongan yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama.

Untuk makluman, program skim deposit rumah pertama akan dilancarkan pada awal tahun 2016 dibawah kelolaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.




Objektif Utama Skim Pembiayaan Rumah Tanpa Deposit

Objektif utama skim ini adalah untuk membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan menerusi bank tempatan pada kadar 100% jumlah pembiayaan. Ini bermakna, pemohon tidak perlu mengeluarkan deposit 10% daripada harga rumah.

Borang Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama 2016

Sila layari http://www.kpkt.gov.my/

Syarat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
  • Belum pernah membeli atau memiliki rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM5,000 bagi yang sudah berkahwin
  • Pendapatan bulanan individu yang tidak lebih daripada RM2,500


  • Tarikh Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama

    Orang ramai boleh mengemukakan permohonan skim pembiayaan deposit rumah pertama Mulai Januari 2016

    Tarikh Tutup Skim Deposit Rumah Pertama

    Sehingga mencapai kuota peruntukan RM200 Juta



    Sumber: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 





    Friday, November 6, 2015

    VIDEO - LELAKI HERDIK IBUNYA DI HOSPITAL JADI VIRAL



    "Masalah aku jangan kau campur boleh tak," itu antara jawapan seorang lelaki yang ditegur orang ramai selepas dia bertindak biadap dengan memarahi ibunya sendiri di sebuah hospital.

    Sebuah rakaman video yang merakamkan gelagat seorang lelaki memarahi ibunya di sebuah hospital mendapat kritikan netizen selepas video tersebut mula viral di laman sosial.

    Video yang berdurasi 1.36 minit memaparkan seorang lelaki yang duduk bersebelahan ibunya dilihat memarahi ibunya dengan nada yang kuat tanpa menghiraukan orang ramai yang turut berada di situ.



    Sunday, October 18, 2015

    VIDEO - BANGLA 'CARWASH' DIPUKUL PEMILIK RANGE ROVER



    Kecoh semalam di laman sosial dengan penyebaran video seorang pekerja warga Bangladesh di pukul oleh seorang pemandu Range Rover di kedai mencuci kereta.

    Menurut sumber beberapa info, pelanggan berkenaan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya apabila masuk kedalam kereta berkenaan.

    Menerusi video yang tersebar, pelanggan berkenaan berang lalu memukul pekerja warga Bangladesh tersebut hanya kerana pekerja itu telah mengotorkan keretanya apabila masuk kedalam kereta berkenaan.

    Klik gambar untuk size besar


    Saturday, October 10, 2015

    VIDEO - BILA IBU LIHAT ANAK DICULIK DEPAN MATA



    Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Demikianlah halnya dengan seorang ibu apabila melihat anaknya yang berusia lima tahun diculik depan mata.

    Kejadian itu berlaku semalam di Pasar Sungai Chua, Kajang apabila ibu mangsa Cammi Lim ker Shing ditegur oleh dua orang suspek yang berpura-pura bertanyakan arah jalan kepadanya sebelum menculik kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu.

    Video yang berdurasi seminit 13 saat itu menunjukkan kejadian berlaku dimana kanak-kanak tersebut di bawa masuk kedalam proton saga berwarna hitam, bernombor pendaftaran WST 2936.

    Klik gambar untuk size besar


    Saturday, September 19, 2015

    VIDEO - 'PAK ARAB' TAMPAR IMAM MASJID NEGARA SEMASA SOLAT JUMAAT



    Semalam kecoh dilaman sosial apabila Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim dakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat jumaat.

    Menurut beberapa saksi kejadian, solat yang sedang di rakaat pertama itu terpaksa diberhentikan akibat tindakan lelaki Arab demikian.

    Menurut saksi juga, lelaki tersebut turut merampas pembesar suara dan mengatakan sesuatu.

    Klik gambar untuk size besar