Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016



Borang permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.

Seperti yang diumumkan menerusi Bajet 2016, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200 Juta khusus untuk pembeli yang masih belum pernah memiliki rumah. Skim ini dijangka dapat meringankan beban khususnya golongan yang baru sahaja bekerja dan golongan yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama.

Untuk makluman, program skim deposit rumah pertama akan dilancarkan pada awal tahun 2016 dibawah kelolaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.




Objektif Utama Skim Pembiayaan Rumah Tanpa Deposit

Objektif utama skim ini adalah untuk membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan menerusi bank tempatan pada kadar 100% jumlah pembiayaan. Ini bermakna, pemohon tidak perlu mengeluarkan deposit 10% daripada harga rumah.

Borang Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama 2016

Sila layari http://www.kpkt.gov.my/

Syarat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
  • Belum pernah membeli atau memiliki rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM5,000 bagi yang sudah berkahwin
  • Pendapatan bulanan individu yang tidak lebih daripada RM2,500


  • Tarikh Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama

    Orang ramai boleh mengemukakan permohonan skim pembiayaan deposit rumah pertama Mulai Januari 2016

    Tarikh Tutup Skim Deposit Rumah Pertama

    Sehingga mencapai kuota peruntukan RM200 Juta



    Sumber: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016