PELAJAR CEMERLANG 17A1 BUKA TUDUNG?


Bak kata pepatah, sekali air bah... sekali pantai berubah!

Begitu jugalah halnya dengan Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2005 yang mendapat 17A1 yang kini berubah wajah. Nur Amalina yang berasal dari Johor telah menuntut di UK dalam A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.

Nur Amalina telah berubah - klik untuk imej besar...




Apa yang menyedihkan, Nur Amalina telah tidak lagi memakai tudung gara-gara terpengaruh dengan budaya barat. Gaya aksi hangatnya juga telah tersebar di laman sosial facebook dan twitter dan amat mengejutkan kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Dan hari ini... tup-tup ibunya Puan Sabariah Hassan mempertahankan tindakan Nur Amalina yang disifatkannya sebagai mendapat restu. Kata ibunya, semua tindak-tanduk, rakan-rakan ataupun pakaian anaknya itu adalah dalam pengetahuan dan restunya sendiri.

"Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu," ujar ibu Nur Amalina, dipetik sebagai berkata.

Doa kita semua, jika benar ibu Nur Amalina memberi restu untuk anaknya mengubah penampilan dari bertudung kepada tidak bertudung... ingatlah yang haram tetap berdosa. Pertalian dengan anak perempuan masih tidak putus dan sebagai ibu bapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab yang berat itu.

Ingatlah... hidup di dunia hanya sementara. Kejayaan di dunia tidak kekal selamanya melainkan ia disertai dengan amalan dan taqwa kepada Allah SWT. Allahualam...!

Nur Amalina dulu-dulu...









Nur Amalina sekarang...




Mungkinkah gambar berpeluk begini juga
mendapat restu ibunya..??