"Masalah aku jangan kau campur boleh tak," itu antara jawapan seorang lelaki yang ditegur orang ramai selepas dia bertindak biadap dengan memarahi ibunya sendiri di sebuah hospital.
Sebuah rakaman video yang merakamkan gelagat seorang lelaki memarahi ibunya di sebuah hospital mendapat kritikan netizen selepas video tersebut mula viral di laman sosial.
Video yang berdurasi 1.36 minit memaparkan seorang lelaki yang duduk bersebelahan ibunya dilihat memarahi ibunya dengan nada yang kuat tanpa menghiraukan orang ramai yang turut berada di situ.
Berang dengan tindakan biadap lelaki itu, salah seorang daripada pelawat yang berada di hospital itu, bertindak menasihati lelaki berkenaan supaya menghormati ibunya itu.
Namun, nasihat lelaki itu tidak diendahkan malah, dia turut dimarahi dan diminta supaya tidak masuk campur urusan peribadinya.
Bagaimanapun, lokasi serta bilakah kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.
Tindakan lelaki berkenaan dikecam oleh netizen kerana mengaggap ia adalah sesuatu yang biadap dan memalukan ibunya sendiri.
ATAU KLIK DISINI