VIDEO - BANGLA 'CARWASH' DIPUKUL PEMILIK RANGE ROVER



Kecoh semalam di laman sosial dengan penyebaran video seorang pekerja warga Bangladesh di pukul oleh seorang pemandu Range Rover di kedai mencuci kereta.

Menurut sumber beberapa info, pelanggan berkenaan berang kerana pekerja warga Bangladesh tersebut telah mengotorkan keretanya apabila masuk kedalam kereta berkenaan.

Menerusi video yang tersebar, pelanggan berkenaan berang lalu memukul pekerja warga Bangladesh tersebut hanya kerana pekerja itu telah mengotorkan keretanya apabila masuk kedalam kereta berkenaan.

Klik gambar untuk size besar




Bukan itu sahaja, pelanggan tersebut turut enggan membayar kos mencuci kereta sebaliknya meminta ganti rugi RM1000.

Menurut wanita dipercayai pemilik kepada Car Wash tersebut, insiden itu tidak habis di situ apabila pekerjanya dipukul lagi di belakang kedai sehingga patah hidung.

"Rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang RM1000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin...



"Siapa pun kita, sekaya mana pun kita... jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina... npk mmg sikit... tp smp skrg darah x berhenti... bangla refer klinik... klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital *semoga diberi hidayah kpdnya... saya maafkan & halalkan upah cuci kereta td... jangan terlalu mendongak ke langit...," ujar majikan tersebut.

Tindakan pelanggan itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Mereka kesal dan geram dengan tindakan melampau pelanggan itu dan mahu dia di bawa ke muka pengadilan.

Difahamkan laporan polis telah dibuat. Apa-apa pun kita tunggu susulan daripada kes ini, harap dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana 'pangkat' kes ini dipandang remeh.



KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TONTON VIDEO

VIDEO