GARA-GARA IKAN, KUCING DIBELASAH HINGGA MULUT HANCUR



Gara-gara mencuri ikan untuk mengalas perut, seekor kucing menderita apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul. Begitulah resam manusia yang tidak berhati perut, kejam dan mementingkan diri sendiri.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pasar di Selayang, Selangor apabila seorang peniaga menyedari kehilangan ikannya lalu membelasah makhluk Allah itu tanpa belas kasihan.





Malah, kisah ini menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan amat keterlaluan.

Ia yang dikongsi melalui sebuah laman blog kemudian dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 100,000 likes, hampir 30,000 komen selain 12,000 yang berkongsi ke laman masing-masing.

Difahamkan, kucing itu kini sudah mendapat rawatan dan berada dalam jagaan seorang hamba Allah prihatin yang menetap di Kajang.