RONALDO TOLAK TAWARAN PEPSI DEMI PALESTIN



SIAPA sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, ini wajar diberi pujian.

Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.





Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.

Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

"Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

"Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). "Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!," tegasnya.

Pada tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, 'Kami melepaskan Portugal'.

Pun begitu, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co. Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak Ternyata, tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan tukar baju dengan pembunuh.

"Saya tidak akan tukar baju saya dengan 'pembunuh'. Saya berada di bumi Palestin," kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.


Sumber: Sinar Harian