Bak kata pepatah, Malang tidak berbau. Demikianlah halnya dengan seorang lelaki yang menjadi mangsa rompakan di Kota Kemuning Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Apa yang ngeri, dia telah disamun menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki sebelum penyamun tersebut menetaknya tanpa belas kasihan. Setelah mangsa rebah tidak bermaya, mereka telah merompak dan melarilan diri bersama barang berharga milik mangsa.
VIDEO SELEPAS INI:
Dan baru-baru ini, rakaman insiden tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna facebook dengan akaun 'Arep Blackflag'. Berdasarkan maklumatnya, lokasi insiden berkenaan dipercayai berlaku berhampiran SJKC Chunghua Kota Kemuning berdekatan Shell dan pasaraya besar Aeon Big.
Pada anda, berhati-hatilah dimusim perayaan ini!