TUKUNG URUT TRADISIONAL CEDERA DIPUNGGUNG AKIBAT DITEMBAK



SANA SINI:

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut tradisional cedera di punggung akibat terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Jalan 3, Taman Reko, Kajang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.24 pagi itu, Phang Kon Sook, 53, sedang mengurut seorang pelanggan lelaki warga tempatan sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Gambar sekadar hiasan




Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata melihat kelibat suspek, mangsa keluar bertemu mereka.

"Selepas berjumpa mereka, mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk menyambung urutan dan ketika itulah, seorang suspek mengekorinya sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.

"Sejurus selepas itu, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama rakannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan.