LEPAS TRAGEDI MH-370 - PESAWAT MALAYSIA MH17 DITEMBAK JATUH DI UKRAINE



TERKINI MH17:   
Update dari masa kesemasa



Juruterbang Pesawat MH17 Berhasrat Tunaikan Haji Selepas Aidilfitri

KEMAMAN, 18 Julai  -- Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.

Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.

"Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam tadi.

"Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit,"katanya.

Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.

"Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam,"katanya.

Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.

Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, semalam.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.
-- BERNAMA


Adik sebak kenangkan kakak...

SEPANG - Adik kepada penumpang pesawat MAS MH17, Noraini Mohd Noor, 50 berkata, kakaknya Norahimah Mohd Nor,67, berada dalam pesawat berkenaan untuk pulang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, kepulangan kakaknya itu kali terakhir, lima tahun lalu setelah menetap di Geneva sejak 30 tahun.

"Dia sepatutnya pulang bersama anak lelakinya tetapi hanya pulang seorang diri dan bercuti di sini selama enam minggu," katanya.



Beliau yang sebak memaklumkan mengetahui nahas pesawat MH17 yang terhempas di ruang udara Ukraine itu setelah mengikuti perkembangan berita di televisyen.

Noraini kemudian ditenangkan ahli keluarganya yang lain dan meminta media menghormati keadaan keluarga yang sedang bersedih.


Nahas MH17: MAS Guna Laluan Alternatif Ke Eropah Berkuatkuasa Serta-Merta

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta merta.

Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.

Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang sedang bergolak.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.


Adik Begitu Teruja Untuk Pulang Beraya Di Kampung - Abang Mangsa

SEPANG: Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis berkata adiknya Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.

Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya.

"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Jumaat.



Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.

"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Md Zaki.

Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.


Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan - Bapa

BUKIT MERTAJAM: Pramugara MAS, Sanjid Singh Sandu, 41, tidak sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut bapanya, Jijar Singh, 71, Sanjit telah bertukar syif dengan seorang rakan sekerjanya.

Ibunya yang berusia 73 tahun merancang untuk memasak makanan kegemaran Sanjid sebaik saja dia tiba di Pulau Pinang.

Sanjid Singh Sandu.


"Kali terakhir dia pulang adalah pada bulan lalu.

"Anak saya bercakap dengan saya menerusi telefon sebelum penerbangannya pada Rabu.

"Saya tidak tahu itu akan menjadi perbualan terakhir dengannya.



"Apa yang berlaku telah berlaku," kata Jijiar ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini. Jijar dan isterinya menerima berita sedih itu daripada menantu perempuannya yang juga seorang pramugari MAS kira-kira pukul 4 pagi Jumaat.

Beliau berkata, Sanjid merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.

MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat MH17 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.

Data pengesanan pesawat menunjukkan MH17 berada pada ketinggian 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.


Juruterbang Pesawat MH17 Hasrat Tunai Haji Selepas Aidilfitri

KEMAMAN: Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.

Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.

"Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya.

Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam Khamis.

"Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit,"katanya.

Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.

"Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam,"katanya.

Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.

Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.


Nahas MH17: Gurauan Penumpang Pesawat Akan 'Hilang' Jadi Kenyataan

Nahas MH THE HAGUE: Gurauan seorang pemuda Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat Malaysian Airlines bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku."

Pan, yang bakal menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk sengaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.



Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, namun gambarnya itu diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir.

Gambarnya itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'.



Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat.

Gambar Cor sehingga tengah malam tadi sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu.

Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..."


Nahas MH17: Malaysia Akan Siasat Secara Terperinci Punca Nahas - Najib

SEPANG: Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.



"Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini, pagi ini.


MH17: Bapa Pramugari Terkejut Pesawat Ditembak

Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru, Pualau Pinang pada Khamis.

GEORGE TOWN: Keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat berkenaan.



Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis.

Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.

"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.

"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.

Sharom Ibrahim, 57, memegang gambar anaknya Nur Shazana yang turut terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine.

Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.

Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.

Beliau berkata keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.

Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil. - MStar


Presiden Rusia Ucap Takziah Kepada PM

KUALA LUMPUR: Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di wilayah Ukraine.

Laman web Presiden Rusia, http://eng.kremlin.ru , menyatakan nahas itu telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa.

"Presiden Rusia meminta Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan beliau kepada keluarga mangsa," lapor laman web itu.



Dalam tweet beliau, Najib berkata beliau terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.


100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

Klik untuk imej besar


"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

VIDEO:




"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

GAMBAR: KLIK UNTUK SIZE BESAR






BERITA TERDAHULU:

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.



Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk. -