KES WANITA AMUK WARGA EMAS - POLIS TETAP AKAN AMBIL TINDAKAN



Pasti kita semua rasa geram bila melihat video wanita mengamuk apabila keretanya dilanggar oleh seorang warga emas.

Terkini mengenai pemilik kereta Peugeot bernombor CDM25 itu, beliau telah dikenalpasti sebagai sebagai Kiki Kamaruddin dan beliau merupakan pemilik perniagaan syarikat kerja kahwin.





Meskipun warga emas yang dikenali sebagai Sim Siak Hong tidak mahu memanjangkan kes tersebut malah bersedia memaafkan wanita itu, namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan tetap mengambil tindakan terhadap Kiki.


Kronologi Kes Isu Wanita Kereta Peugeot Mengamuk

14 Julai 2014: Warga emas berusia 68 tahun dikenali sebagai Sim Siak Hong telah menjadi mangsa maki hamun pemilik kereta Peugeot 208 akibat terlanggar kereta berkenaan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan, Pahang.



15 Julai 2014: Rakaman video insiden tersebut tersebar dan menjadi perbualan hangat dilaman sosial. Jutaan rakyat Malaysia telah melemparkan kata kesat terhadap tindakan wanita terbabit.

16 Julai 2014: Identiti wanita berkenaan telah dikenalpasti sebagai Kiki dengan nombor pendaftaran kereta CDM25. Kiki menerusi laman sosial telah memohon maaf secara terbuka. Begitu juga dengan mangsa iaitu seorang warga emas menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


TONTON VIDEO WANITA MENGAMUK: