HARI ini akan genaplah 14 hari Israel melancarkan serangan keatas Gaza yang mereka namakan sebagai “Operation Protective Edge”. Pada waktu artikel ini ditulis, beratus warga Palestin telah terkorban manakala beribu-ribu yang lain cedera. Angka ini kebanyakannya terdiri daripada orang awam termasuklah kanak-kanak.
Sebenarnya, pendudukan haram Palestin itu sendiri sudah merupakan satu bentuk jenayah. Untuk memahami situasi Israel-Palestin ini dengan lebih lanjut, saya menjemput anda untuk menonton video pendek enam minit berikut. Ianya telah dihasilkan oleh kumpulan ‘Jewish Voice Of Peace’.
VIDEONYA SELEPAS INI:
Ya, ianya telah dihasilkan oleh orang Yahudi sendiri. Sekiranya anda fahami dengan lebih lanjut, anda akan mengetahui bahawa terdapat perbezaan antara orang Yahudi dan Zionis, dan sebenarnya terdapat ramai orang Yahudi yang membantah negara Zionis-Israel ini.
Setelah satu demi satu jenayah perang dilakukan rejim apartheid ini, penduduk serata dunia telah bergabung menyatakan bantahan terhadap Israel. Kempen ‘Boikot Israel’ ini boleh didengari di seluruh pelusuk bumi dan ini termasuklah di tanahair tercinta kita sendiri, Malaysia.
Dan sebagai manusia dan umat Islam yang prihatin, jom kita sertai kempen ini!