MAS Terkejut Dengan Dakwaan



KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan terhadap pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid yang dikatakan membenarkan penumpang melawat kokpit semasa penerbangan dua tahun lalu.

MAS sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan ketulenan gambar dan video yang dipaparkan dalam rancangan "A Current Affair" siaran sebuah stesen televisyen Australia, katanya dalam satu kenyataan media.

Klik untuk imej besar




Menurut laporan AP, seorang wanita bernama Jonti Roos mendakwa dibenarkan melawat kokpit bersama rakannya semasa penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada Disember 2011.

Roos menceritakan pengalamannya semasa rancangan televisyen tersebut.

Fariq merupakan salah seorang daripada juruterbang penerbangan itu.


Sumber berita: Harian Metro