DUA orang remaja dilaporkan cedera selepas ditembak oleh seorang lelaki berumur 71 tahun ketika mereka cuba merompak sebuah kafe siber di Florida.
Lelaki tua tersebut, Samuel Williams sedang duduk melayari internet di Palms Internet Cafe di Ocala, Florida bila dua orang remaja, dikenali sebagai Davis G. Dawkins, 19, dan Duwayne Henderson, juga 19, merempuh masuk untuk merompak premis tersebut dengan bersenjatakan pistol dan pemukul baseball.
Video perompak bangang selepas ini:
"Jangan seorangpun di antara kamu bergerak!!" Salah seorang remaja tersebut dilaporkan menjerit kepada pelanggan di dalam kafe siber.
Dalam CCTV yang ditayangkan oleh Jabatan Polis, Williams, yang sedang duduk di satu sudut kafe, berdiri dan mengeluarkan pistol .380-calibernya selepas dua remaja tersebut merempuh masuk dan menghayun pemukul baseball kepada sesuatu yang tidak terakam oleh kamera.
Kedua remaja tersebut ditangkap sejam kemudian hasil maklumat orang awam. Mereka akan didakwa di bawah kesalahan cuba melakukan rompakan bersenjata.
Pegawai polis berkata Williams tidak akan didakwa kerana tindakannya menembak dua remaja tersebut adalah berpatutan.
"Berdasarkan rakaman video yang kami saksikan, dia tidak berniat membunuh tapi mempertahankan diri dan orang awam lain," kata Bill Gladson dari Jabatan Polis Florida.