SAYA MASIH MUSLIM - ARIFF


Ariff Alfian Rosli akhirnya tampil memberi kenyatan kepada media barat yang dia sebenarnya masih lagi seorang Muslim.

Beliau yang menjadi hot gara-gara berkahwin dengan lelaki baru-baru ini berkata demikian kepada Irish Times, sebuah akhbar luar negara

Jelas Ariff kepada wartawan yang menemubualnya, beliau sebenarnya tidak hilang dan pihak berwajib di Ireland tahu di mana tempat tinggal beliau selama ini.





“Saya mempunyai perselisihan pendapat dengan ayah sekitar 2009 dan ayah melaporkan kehilangan saya. Sejak itu saya jarang berhubung dengan ayah tetapi sering menghubungi ahli keluarga lain seperti biasa,” ujar Ariff cuba menjelaskan keadaan sebenar.

Menjawab mengenai pegangan agama pula, Ariff menegaskan yang khabar angin mengatakan beliau kini bukan beragama Islam adalah tidak benar sama sekali.

“Saya tidak tukar agama, bukan seperti apa yang dilaporkan. Saya lahir sebagai seorang muslim, kini masih seorang muslim dan akan mati sebagai seorang muslim. Tidak akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui media tersebut

Bagaimanapun bila ditanya apakah beliau seorang gay, pemuda berusia 28 tahun itu enggan mengulas lanjut. Persoalan sama ada beliau terlibat dengan hubungan seks sejenis juga tidak dijawab kerana menganggap isu homoseksual masih sesuatu yang taboo di Malaysia.

Kesimpulannya, Ariff seolah membodohkan dirinya sendiri apabila masih mengenggap dirinya seorang muslim sejati selepas berkahwin dengan lelaki. Kerana jika mengikut akal fikiran waras sekalipun, tidak ada lelaki muslim yang sanggup menggadai agama mereka semata-mata untuk berkahwin dengan 'lelaki' kerana perbuatan itu jelas dilarang dalam Islam.