NASIB SI BANGKRAP




Untuk renungan bersama... bukan menghasut!!

COPY PASTE DARI SAUDARA ZHARIF
yang dihantar melalui email.

Dihantar kepada Consumer Rights Task Force
(Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk tindakan membela kebenaran dan keadilan)

(Latar belakang ringkas)

Suradi bin Daruis telah menjadi penjamin kepada isterinya (Rosnah) yang membeli kereta dan kereta dibayar dengan baik selama 2 tahun. Malangnya kemalangan berlaku dan si suami patah kaki dan tak dapat bekerja selama setahun. Desakan hidup dan masalah yang tidak diduga telah menyebabkan mereka gagal membayar ansuran bulanan. Kereta telah disambung bayar oleh seorang saudara yang kemudiannya menghilangkan diri. Kereta kemudian ditarik setahun selepas itu. Dengan berbagai caj dikenakan tuntutan telah dibuat oleh syarikat kewangan dan suami isteri diisytihar muflis (dalam lingkungan RM 30,000).

Oleh kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara. Diberitakan walaupun di atas desakan Pengarah Pendakwa Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Norina Zainol ( yang amat angkuh dan tidak berhati perut yang diberitakan adalah anak saudara kepada seorang bekas Hakim Negara) untuk memenjarakan pasangan ini, Pendaftar Kanan hanya mensabitkan suaminya sahaja. ( diceritakan juga, biasanya kertas penghukuman setiap kes telah disiapkan oleh JIM, pendaftar kanan hanya tandatangan sahaja).


Mereka terpaksa menjual motosikal yang digunakan untuk mencari kehidupan untuk membayar tunggakan tetapi masih kurang RM 150.00. Walaupun yang kurang hanya RM 150, Suradi dihantar juga ke penjara. Saudara mara telah mencari peguam untuk merayu tetapi rayuan ditolak di atas sebab teknikal. Kini, Pendakwa (Norina) meminta mahkamah untuk menambah hukuman ke 6 bulan. Keghairahan ini tidak terfikir kepada kita manusia biasa. Manusia jenis apa ini? Ujian Allah mengingatkan NORINA dengan penyakit belakang dan bercuti selama 2 bulan tidak membawa sebarang kesedaran kepada perempuan ini.

Sekarang ini, si isteri tidak bekerja dan terpaksa menyara 3 orang anak yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada kita?

Mari kita renung keadaan ini. Adakah ini patut dan berperikemanusiaan? Patutkah si isteri sekarang pergi mencuri untuk membayar baki RM 150 untuk dibayar kepada JIM. Jika hukuman bagi 6 bulan diperolehi untuk terus menghukum si bankrap, maka si isteri terpaksa membayar dengan mencuri atau merompak untuk ansuran selama 6 bulan akan datang atau menjual salah seorang daripada anak-anak bagi mengelakkan tindakan sinis JIM ini ataupun perlukah si suami apabila keluar penjara pergi merompak untuk membayar ansuran bulanan sedangkan makanan di rumah pun tiada untuk diberi kepada anak-anak? Nampak gayanya Ah Long yang dulunya seperti iblis akan jadi lebih baik daripada JIM sekarang ini. Tak perlulah usaha penjenamaan semula JIM kepada MDI (Malaysia Department of Insolvensi….bahasanya Inggeris la pulak, Koperatnya! Memang dasar kumpulan manusia zalim yang lupakan diri).

Apapun yang paling jelas adalah kegagalan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tanggungjawab mereka membantu para muflis pulang ke pangkuan masyarakat tapi berjaya menzalimi mereka dengan menghantar mereka yang papa dan tak mampu/gagal membayar ke penjara. Diberitakan, Norina begitu teruja apabila berjaya dalam kes-kes memenjarakan orang-orang miskin dan muflis ini. Diberitakan juga ada pegawai JIM yang ditugaskan untuk mensabitkan para muflis ini menangis melihat hukuman yang dijatuhkan sementara pengarahnya bersorak keseronokan. Apa punya manusia…..


Nota penting:

a. Untuk kita terus renung bersama: kalau tak silap mengikut akta bankrupsi, muka surat 150, rules 163, orang yang telah membayar hutang tidak boleh dipenjarakan!!!!!!!!!!!!!

b. Dengarnya si Norina sekarang sedang berusaha untuk mensabitkan isteri pula. Kita fikir-fikirkanlah cerita ini…….



Beberapa persoalan untuk kita tanya:-

1. Apa tugas sebenar Jabatan Insolvensi ? Kalau Jabatan Penjara berusaha untuk memberi peluang kedua kepada banduan dengan menganjurkan berbagai program kemahiran, nampaknya JIM lebih gemar mencari jalan untuk memenjarakan mereka yang telahpun papa kedana dan menghancurkan kehidupan mereka yang malang.

2. Adakah patut mereka yang papa ( namapun muflis) tidak mampu membayar didera dengan menghantar ke penjara. Selepas ini akan ada para muflis yang akan merompak untuk membayar bayaran bulanan ke Jabatan Insolvensi. Agaknya itulah jenis masyarakat yang kita hendakkan!

3. Lebih dahsyat lagi ada kes setelah mendapat muflis yang dijatuhkan hukuman merayu ke mahkamah dimohon ditambah hukuman daripada 1 bulan ke 6 bulan.

4. Kenapakah JIM mengambilkan masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah harta (duit lebihan jualan harta) sehinggakan kelebihan harta bankrap tidak dikembalikan sehingga bertahun-tahun?

5. Apakah dia KPI (key performance index) JIM dalam membantu bankrup pulang ke pangkuan masyarakat?

6. Apakah nasib ratusan ribu bankrup yang ada sekarang? Semua hendak dihantar ke penjara ( termasuklah ribuan para siswazah yang ‘gagal’ dalam program anjuran SME, PUNB, PNS dll serta ribuan pegawai kerajaan yang setiap tahun dibankrapkan)?

7. Apakah program-program berkesan yang dianjurkan oleh JIM untuk membantu para bankrap kembali kepada masyarakat selain daripada agenda utama menghantar orang papa yang gagal membayar ke PENJARA?

8. Di zaman penjenayah dibebaskan dengan pemansuhan akta RR, kegagalan seorang kerana kewangan dipenjarakan dan dengan “cerianya’’ ingin ditambah lagi oleh jabatan yang ditugaskan untuk memulihkan mereka.

9. Tidakkah ini zalim bagi kerajaan untuk menidakkan hak asasi manusia yang lemah.



Renungan:

a. Dato Karim, orangnya sombong dan angkuh. Kalau tak percaya tanyalah SSM atau SPRM tempat kerja dia dahulu atau rujuk kepada lain-lain pegawai kerajaan seangkatan dan orang bawahannya;

b. Kelemahan Datuk Karim adalah perempuan cantik. Sila tanya kawan-kawan dia dan dengarnya kalau yang bankrap tu cantik maka tindakannya amatlah berlainan;

c. Bercita-cita hendak jadi hakim dan selalu mengumumkan kepada kakitangan beliau. Kalau dia jadi hakim, dengarnya dia akan jadi hakim yang cukup zalim dan bongkak. Biasa dia bercakap “ Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara minta tolongpun saya tak hiraukan”;

komen; baguslah tu tapi tak payahlah mengucapkannya dengan angkuh, kita semua manusia. Syaitan dihalau/laknat Allah SWT kerana sifat angkuh.



Norina:

a. Norina mendakwa dirinya anak saudara Ketua Hakim Negara dulu, sebab itu tiada siapa berani dengannya;

b. Seorang yang amat gembira apabila berjaya memenjarakan muflis dan gemar melakukannya;

c. Seorang yang tiada berhati perut dan berusaha untuk mencari kesalahan walau sekecil mana. Sehinggakan seroang muflis yang gagal mengisytiharkan dia ada motor buruk tahun 70-an pun diusaha untuk dipenjarakan sedangkan motor buruk telah menjadi besi buruk!

Kita harap aduan yang dibuat ini dapat disemak bagi mendapatan keadilan kepada semua pihak termasuk JIM sendiri. KP dan Pengarah dapat dihubungi di nombor berikut:-


No tel :
Dato Karim Abdul Jalil
Norina zainol Abidin
88851310
0124387577

------------------

Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) kini dipanggil Malaysia Department of Insolvency atau singkatannya MdI. Ni idea Datuk Karim untuk rebranding JIM.

Maksud insolvensi drpd perkataan inggeris insolvent. Iaitu tidak boleh atau tidak mampu diuruskan.

Bankrap pula ialah orang yang tiada berduit utk membayar hutang. Perkataan muflis adalah dari bahasa arab. Dan jarang diguna dalam bahasa undang2.

Oleh itu sebagai badan insolvent yg bertindak menguruskan orang yang tidak upaya menguruskan kewangan mereka iaitu yang dipanggil bankrap. Ini, maka wajarlah jabatan ini menggunakan pendekatan pendidikan dan budi bicara dalam menjalankan tugas berbanding tindakan kekejaman dalam menghukum seseorang bankrap.

Contoh mudah. Seorang anak yang kurang bijak dan lembab adakah patut dipukul dan dirotan setiap hari supaya dia jadi bijak dengan sendirinya?

Sudah pasti tidak. Anak itu perlu diasuh dengan kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna sehingga dia mencintai ilmu itu dan akhirnya menjadi lebih bijak dari kurang bijak tadi.

Namun tindakan MdI yang menghukum bankrap dengan menghantar mereka ke penjara untuk tempoh sebulan, 6bulan dan tidak mustahil selepas ini ada yang dipenjara sehingga setahun, dua tahun atau lebih lagi, bukan membantu menguruskan masalah insolvent malah menambah kekusutan bankrap ini.

Pentadbiran ala diktator atau rejim khmer rouge oleh Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil ini, yang dijalankan oleh tangan Norina, Pengarah Pendakwaan, terlalu kejam di mata masyarkat kini. Norina tidak melalui kesusahan kerana beliau adalah anak saudara bekas Hakim Negara dan kenaikan pangkatnya memeranjatkan semua kakitangan kerajaan. Mungkin SPRM harus menyiasat kesalahan guna kuasa bagaimana Norina boleh memintas orang yang jauh lebih kanan dan menjawat jawatan tinggi yng menyebabkan dia menjadi seorang yang angkuh dan bongkak.

Adakah patut, seorang bankrap yang sudah tentu tidak mampu membayar hutang,namun kerana takut menghina mahkamah tetap jua mencari duit bg membayar tunggakan bulanan kepada MdI dengan menjual motonya yang diguna sebelum ini bagi mencari rezeki, berjumlah RM 4 ribu, namun tetap dikenakan penjara oleh permintaan MdI kepada mahkamah.

Sedangkan baki hutang selepas bayaran itu hanya RM150 sahaja. Namun tangan Norina yang ghairah memenjarakan orang ini ditambah dengan pengetahuan undang2 beliau, berlawan dengan bankrap yang hanya lulusan SPM, maka akhirnya ke penjara juga bankrap.

Tindakan merayu oleh peguam yang dilantik keluarga bankrap ini ditambah dengan kesengsaraan tangan Norina yang membuat rayuan balas untuk memenjarakan bankrap sehingga 6 bulan.

Adakah ini style pentadbiran terbaru Datuk Karim menakutkan semua bankrap dengan kuasa undang2 dalam Akta yang diinterpetasikan mengikut kacamata beliau yang amat zalim sedangkan undang-undang di Negara lain tidak menjatuhkan ‘’HUKUM MATI’’ kepada si bangkrap sebaliknya membantu mangsa pulang ke pangkal masyarakat dengan bimbingan dan tunjukajar.

Adakah Datuk Karim tidak pernah terfikir bahawa kuasa itu diberikan oleh rakyat melalui wakil rakyat di dewan rakyat yang mulia ini?

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Langit tidak selalunya cerah. Tiba awan mendung, turun lah hujan.

Jika yang sudah berada di atas tidak ingat tangga yang dipijak, satu hari nanti 6 kaki ke bawah bumi juga dia ditanam.

Ingatlah MdI, sikap kejam kamu hanya akan memakan diri. Jika dulu saya pernah mendengar seorang Yang Arif pernah berkata,"Saya lebih rela melepaskan 10 orang yang bersalah, daripada memenjarakan 1 orang yang tidak.bersalah".

Maka hari ini Datuk Karim dan Norina boleh lah membuat ayat seperti ini, penjarakan lah 10 orang yang tidak tentu lagi kesalahannya, dan jangan biarkan seorang pun dilepaskan.

Oleh kerana nila dua titik ini, maka rosak alam semesta khususnya bumi Malaysia.

Sesugguhnya surat ini akhirnya akan di bawa ke Parlimen bagi dibahaskan oleh ahli-ahli YB bagi bagi mengembalikan keadilan kepada semua dan menghukum Datuk Karim dan Norina yang mungkin juga akhirnya akan nampak jalan ke pejara!


Klik untuk imej besar...