LEBIH MURAH DARI SARAPAN 1 MALAYSIA



Jika sebelum ini kita dikatakan boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program ‘Menu Rakyat 1Malaysia’... namun ia sebenarnya bukanlah yang termurah dan terbaik.

Bayangkan, anda boleh menikmati sarapan sama ada meehoon, nasi goreng kampung, bubur dan lain-lain dengan hanya RM0.99 di restoran bertaraf antarabangsa. Bukan itu sahaja, malah air kopi diberikan percuma dan boleh ditambah (refill) seberapa banyak yang anda mahu.

nasi goreng kampung - Hanya RM0.99 sen sahaja...!



Lebih menarik, sarapan seperti ini tidak pernah dicanangkan dalam akhbar mahupun di TV untuk menarik perhatian rakyat mahupun memancing undi, tetapi ia adalah servis ikhlas untuk orang ramai sejak lebih 10 tahun lalu.

Untuk info, restoran antarabangsa tersebut yang terletak di Mutiara Damansara turut menyediakan makanan tengahari dengan harga berpatutan. Minuman seperti air berkabonat hanya berharga RM1.50 dan ia boleh diisi semula seberapa banyak yang anda mahu. Berbaloi bukan?

Kopi free boleh refill - Klik untuk imej besar...


Restoran bertaraf antarabangsa... bukan tepi jalan!


Bandingkan dengan menu 1 Malaysia...