Siapa kata makan di restoran berhawa dingin bersih, hebat dan canggih? Ikhlasnya, kebersihan kadangkala diambil mudah sahaja oleh segelintir pengusaha restoran yang mementingkan keuntungan semata-mata.
Lihat sahajalah keadaan 'restoran perabut sweden' yang terletak di Mutiara Damansara ini. Bukan cawan kopinya sahaja yang kadangkala sumbing dan kotor di dalam... tetapi garpunya juga kotor kerana tidak dibasuh dengan bersih.
Apakah tiada pemantauan daripada pihak atasan? Atau mungkin restoran ini hanya gah pada nama, tetapi buruk dari segi pengurusannya? Untuk info, restoran ini beberapa bulan lalu pernah melakukan 'samak' berikutan masalah pembekalan daging hotdog yang diragui bahan halalnya.
Klik untuk imej besar...