Sebenarnya... silap kita juga. Kita selalunya nak beli yang murah je, tapi nak handphone yang berjenama dan ada macam-macam fungsi. Last-last kena tipu ngan penyangak dari negara asing termasuk penyangak dalam negara yang hanya mahu mengaut untung.
Bayangkan... handphone android Nokia yang dibeli tu hanya berharga RM130 sahaja. Murah memanglah murah, tapi kalau 'palsu' nak buat apa? Tak sampai sebulan pakai dah rosak macam-macam... skrin sentuh jem la, 3G tak berfungsi la dan macam-macam lagi.
Dah tu bila dah beli... 'it's no warantty'..!! Ha ha... apo nak dikato?
Ni la yang dikatakan 'orang tamak selalu rugi' atau lebih tepatnya 'ukurlah baju di badan sendiri'. Kalau tak ada duit tu, belilah yang murah tetapi original... jadi ia taklah menyusahkan dikemudian hari. Tak gitu??
Klik untuk imej lebih besar...
Seorang rakyat China dengan selamba menjual handphone
tiruan secara terbuka kepada pembeli
Setiap handphone tiruan boleh memberi untung sekitar RM50 hingga RM70
kepada penjual. Sehari jual tiga biji dah cukup makan..!