DAH TURAP... KOREK SEMULA..!!


Beginilah kerja pihak tertentu yang tidak prihatin terhadap pembaziran!

Jalanraya di Jalan Petaling ini sebenarnya baru sahaja diturap beberapa minggu lalu membuat kita merasa 'aman dan selesa'. Namun selang beberapa hari kemudian, ada pihak lain pula mengoreknya semula untuk membaiki longkang di sebelah tepi.

Bukankah ia satu pembaziran? Bayangkan berapa ribu wang terbazir membayar upah kontraktor, pekerja dan sebagainya... lebih teruk lagi ialah kerja menurap semula yang harus dilakukan.

Apakah pihak bertanggungjawab yang diberi amanah oleh rakyat itu tidak melakukan kerja dengan teliti? Atau dalam erti kata lain... makan gaji buta?

Klik untuk imej besar...