TAMAN ATAS BANGUNAN?



Lokasi: Bandaraya Kuala Lumpur

Info: Tumbuhan bukan sahaja tumbuh di taman, malah ia juga adakalanya tumbuh di atas bangunan pencakar langit. Tindakan tuan punya bangunan ini yang membiarkan tumbuhan tumbuh di dinding bangunan adakalanya mencacatkan keindahan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mungkinkah tiada akta atau tiada tindakan sewajarnya yang boleh diambil terhadap masalah ini? Atau mungkin agaknya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sengaja membiarkan tumbuhan tersebut tumbuh untuk menghijaukan bandaraya?

.