MAKANAN PERCUMA...

Segelintir ahli politik kita selalu terlambat dalam pelbagai isu yang melibatkan rakyat - atau lebih tepat, dah terhantuk, baru nak terngadah. Dan itulah yang berlaku apabila wujudnya pelbagai bantuan pekerjaan/makanan untuk kutu rayau, gelandangan, penagih dan mereka yang tidak bernasib baik kebelakangan ini.

Malah pembukaan sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, Selangor yang menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status seolah-olah satu tindakan terdesak.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma 1Malaysia itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Apa yang mereka mungkin mahu saingi ialah beberapa NGO dan pertubuhan agama lain sudah lama membuat kebajikan serupa sejak sekian lama. Pertubuhan agama itu memberi makan (makanan bungkus) kepada golongan tidak bernasib baik itu tanpa mengira bangsa dan agama.

Yang membanggakan, mereka membuat kebajikan bukan mahu meraih publisiti murahan di media massa atau mahu meraih sokongan rakyat. Tetapi mereka ikhlas mahu membantu bersandarkan naluri kemanusiaan dan belas kasihan.

Berbalik tentang merempat, mungkin ada yang membuat andaian bahawa memberi makanan percuma akan menggalakkan sifat malas dikalangan mereka. Bagaimanapun, apa yang kita tidak ketahui, ia sebenarnya membantu mengurangkan kesensaraan si miskin, membantu mereka yang tersepit dan mengurangkan aktiviti jenayah.

Memang pada pandangan kita ada yang menjadi kutu rayau itu masih muda dan mereka sepatutnya berkerja untuk menampung hidup. Tapi apa yang kita tidak tahu... mereka ini kadangkala ada yang mempunyai sakit mental, kurang upaya (OKU), Slow learner dan sebagainya. Mereka tersisih gara-gara dihalau keluarga, tidak berumah, tidak mempunyai keluarga dan pelbagai masalah yang sukar diterjemahkan.

Selain itu, menyumbat mereka ke rumah-rumah kebajikan bukanlah penyelesai masalah kerana ada yang menganggap tempat tersebut sebagai 'penjara'. Malah ada juga yang sudah berpuluh kali lari dari rumah kebajikan kerana tidak mahu terus 'terpenjara' dan ingin hidup bebas.

Kesimpulannya, tiada manusia yang mahu hidup merempat. Mereka pastinya ada alasan tersendiri mengapa mereka jadi begitu. Apa yang penting, kita haruslah bersangka baik terhadap mereka dan memberi peluang untuk mereka berubah tanpa prasangka yang mengarut.


Gambar-gambar aktiviti badan kebajikan:
Klik untuk gambar besar..!









Tiba kira-kira jam 10 pagi


Beratur untuk mendapatkan alas perut
















Membantu bukan kerana publisiti murahan!








Susah senang mereka... tak siapa yang tahu!








.