HATI-HATI MEMBELI SOFA..!!

Dewasa ini, memang banyak jualan perabut dan sofa yang menawarkan potongan harga sehingga 90%. Sofa yang ditawarkan itu memang kelihatan cantik dan menarik dari segi luarannya... tetapi bagaimana dengan ketahanan dalamannya??

Gambar ini menceritakan segala-galanya tentang sofa tidak bermutu yang diperbuat hanya daripada kayu beluti, karung gula, plastik dan span murahan. Yang pasti, ia hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja sebelum ia dicampakkan pembeli ke tong sampah menjadi barangan tak berguna.

Oleh itu, hati-hati memilih..!!