GARI SIAPAKAH INI??

Gambar ini dirakamkan di Pasar Karat Kuala Lumpur, berdekatan Petaling Street. Apa yang menghairankan, bagaimana sepasang gari boleh dikuncikan disebuah palang besi dan terbiar begitu sahaja.

Melalui penelitian, gari tersebut kelihatan sudah mula berkarat dan tertera tulisan PDRM, yang bermakna ia adalah hak milik Polis Di Raja Malaysia. Yang menjadi persoalan, mungkinkah gari tersebut tercicir dan dikunci di situ oleh orang lain atau mungkin ada sesuatu yang tidak kena..??

Dalam hal ini, pihak polis kena bertindak pantas agar gari itu tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengenai kemungkinan ada pihak yang sudah melaporkan perkara ini kepada pihak polis... Allahualam..!!










.