MESYUARAT AGUNG KECOH!


Bila Cas Penyelenggaraan flet RM45


Pertemuan yang sepatutnya diadakan penuh harmoni menjadi tidak keruan apabila pihak pengurusan dan penyenggaraan Sri Damansara hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Malah Sri Damansara juga seolah-olah berlindung di sebalik Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Act 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 bagi menekan penduduk Pangsapuri Sri Meranti menjelaskan tunggakan tertunggak.

Maka tidak hairanlah apabila hanya beberapa puluh penduduk sahaja yang hadir berbanding 400 pemilik yang seharusnya menghadiri mesyuarat pada 23 Februari 2008 lalu itu. Itupun segelintirnya tidak layak mengundi kerana mempunyai cas tunggakan apabila diberikan kad biru.

Lebih pelik, bebarapa ahli persatuan penduduk terdahulu turut tidak kelihatan di mesyuarat itu. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka mungkin kurang berpuas hati dengan cara mesyuarat itu akan diadakan.

"Pihak Sri Damansara masih mempunyai sifat belas kasihan memberi tuan-tuan yang mempunyai cas tunggakan untuk masuk ke bilik mesyuarat. Jadi yang memegang kad biru duduk sahaja di situ elok-elok, tengok sahaja dan sila duduk diam-diam di belakang," demikian kata pengerusi majlis yang dilantik pemaju seolah memerli.

"Sepatutnya mereka membuat mesyuarat itu penuh harmoni... ini tidak mereka sebalik perli pemilik yang ada cas tertunggak. Fikirlah sikit, kami ni bukan duduk rumah banglo, tapi penduduk flet. Ada antara kami yang kais pagi makan pagi... jadi tunggakan tu kadangkala tidak dapat dielakkan.

"Tambah-tambah cas yang mereka kenakan agak mahal. Dulu masa saya menetap di tempat lain, cas yang dikenakan hanya RM20 sahaja," ujar seorang pemilik yang enggan dikenali.

Akibatnya, beberapa pemilik yang tersinggung meninggalkan mesyuarat itu sebelum ianya bermula. Melihat cara mesyuarat dikendalikan, jelaslah pihak pengurusan seperti cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan pertemuan itu sebagai satu agenda tersembunyi di sebalik akta perumahan sedia ada.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air... atau ada udang di sebalik batu!!



Pemilik sedang mendaftar kehadiran di sebuah
kelab eksklusif..!!
berlatarbelakangkan kolam
renang orang-orang kaya!




Yang mempunyai tunggakan, dapat kad biru
dan hilang hak mengundi wakil penduduk



Beberapa puluh pemilik yang hadir
berbanding 400 pemilik sebenar...!!
.
.
Gambar & photo sumbangan penduduk Sri Damansara
.
.