Antena Pemancar Kaut Untung!

Lokasi: Pangsapuri Sri Meranti, Sri Damansara.

Sudahlah mengutip duit penyelenggaraan mahal iaitu RM45 sebulan, pemaju dilihat mengambil kesempatan memasang antena pemancar di kawasan surau.

Sikap tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja membahayakan penduduk, malah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan jemaah yang hendak menunaikan solat atau melakukan aktiviti keagamaan.

Malah dikhabarkan pemaju juga bersikap sombong apabila enggan membaiki sebarang kerosakan seperti paip bocor atau bumbung rosak dimasuki air hujan walaupun penduduk mempunyai sedikit tunggakan selenggaraan.


Selain itu, persatuan penduduk juga tidak mempunyai taring untuk berbuat sesuatu dan hanya mengikut telunjuk untuk mengekalkan kuasa.

Paparazzi: Hapuskan ketidakadilan!!!